Pkp: demi biaya rawatan anak, suri rumah usahakan jualan mangga jeruk

Pkp: demi biaya rawatan anak, suri rumah usahakan jualan mangga jeruk

Play all audios:

Loading...

BACHOK: Seorang suri rumah mengambil inisiatif mencari pendapatan baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi menampung perbelanjaan anak tunggalnya yang menghidap penyakit paru-paru kronik. Suri rumah, Nor Hayati Abdullah, 26, berkata suaminya, Mohd Saiful Azrin Hazmi, 28, yang bekerja kampung dengan pendapatan kira-kira RM350 seminggu tidak dapat keluar bekerja sepanjang PKP dan sejak itu dia mengambil pendekatan dengan menjual jeruk mempelam asam boi dan dihantar kepada pelanggannya di sekitar Kota Bharu dan Bachok. Katanya, anak tunggalnya, Nur Amni Fatini Mohd Saiful Azrin yang kini berusia empat tahun tiga bulan disahkan menghidap penyakit paru-paru kronik sejak berusia dua tahun, selepas sering mengalami demam berpanjangan selain sering keluar masuk hospital disebabkan komplikasi jangkitan kuman. “Anak saya mengalami masalah sejak lahir apabila oksigen tidak sampai ke bahagian otak dan disebabkan itu hampir tiga bulan Amni berulang alik dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan selama sebulan jugalah dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) HUSM sebelum dibenarkan pulang ke rumah. “Disebabkan penyakit ini, anak saya tidak boleh berjalan dan bercakap seperti kanak-kanak seusianya dan hanya terlantar di atas tilam. “Ada ketikanya perlu bergantung kepada tangki oksigen untuk bernafas. Lebih menyedihkan lagi, berat badan Amni hanyalah 8.6 kilogram (kg),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Sembilan, di sini. Nor Hayati berkata, anaknya itu hanya bergantung sepenuhnya kepada susu khas yang diberikan melalui tiub yang dipasang di bahagian perutnya yang menjadi makanan hariannya. “Saya perlu memberi Amni minum susu setiap empat jam sekali sebanyak enam kali sehari dan setin susu yang berharga RM150 hanya bertahan untuk tempoh seminggu sahaja. “Walaupun memperoleh bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, namun ianya tidak mencukupi untuk perbelanjaan Amni pada setiap bulan yang menelan belanja kira-kira RM1,000 termasuk kos membeli lampin pakai buang,” katanya. Katanya, sekurang-kurangnya dengan pendapatan yang diperoleh hasil daripada menjual jeruk mempelam asam boi itu dapat menampung membeli keperluan harian anaknya yang sakit. “Saya menjual jeruk mempelam asam boi dengan harga RM10 bagi satu bekas dan bagi memenuhi permintaan pelanggan, saya membeli mangga daripada penduduk sekitar kawasan Bachok. “Kebiasaannya purata pendapatan harian yang diperoleh adalah sekitar RM70, namun ianya bergantung kepada permintaan pelanggan dan bagi yang memesan secara ‘cash on delivery’ (COD) dan caj dikenakan adalah antara RM3 hingga RM4,” katanya. Nor Hayati turut berterima kasih kepada kerajaan kerana dengan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diperoleh sebanyak RM1,600 sedikit sebanyak dapat membantu menampung perbelanjaan mereka sekeluarga selain membeli keperluan anak tunggalnya itu. Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Nor Hayati Abdullah, menerusi talian 011-2556 0464.

BACHOK: Seorang suri rumah mengambil inisiatif mencari pendapatan baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi menampung perbelanjaan anak tunggalnya yang menghidap


penyakit paru-paru kronik. Suri rumah, Nor Hayati Abdullah, 26, berkata suaminya, Mohd Saiful Azrin Hazmi, 28, yang bekerja kampung dengan pendapatan kira-kira RM350 seminggu tidak dapat


keluar bekerja sepanjang PKP dan sejak itu dia mengambil pendekatan dengan menjual jeruk mempelam asam boi dan dihantar kepada pelanggannya di sekitar Kota Bharu dan Bachok. Katanya, anak


tunggalnya, Nur Amni Fatini Mohd Saiful Azrin yang kini berusia empat tahun tiga bulan disahkan menghidap penyakit paru-paru kronik sejak berusia dua tahun, selepas sering mengalami demam


berpanjangan selain sering keluar masuk hospital disebabkan komplikasi jangkitan kuman. “Anak saya mengalami masalah sejak lahir apabila oksigen tidak sampai ke bahagian otak dan disebabkan


itu hampir tiga bulan Amni berulang alik dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan selama sebulan jugalah dia


ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) HUSM sebelum dibenarkan pulang ke rumah. “Disebabkan penyakit ini, anak saya tidak boleh berjalan dan bercakap seperti kanak-kanak


seusianya dan hanya terlantar di atas tilam. “Ada ketikanya perlu bergantung kepada tangki oksigen untuk bernafas. Lebih menyedihkan lagi, berat badan Amni hanyalah 8.6 kilogram (kg),”


katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Sembilan, di sini. Nor Hayati berkata, anaknya itu hanya bergantung sepenuhnya kepada susu khas yang diberikan melalui tiub yang dipasang


di bahagian perutnya yang menjadi makanan hariannya. “Saya perlu memberi Amni minum susu setiap empat jam sekali sebanyak enam kali sehari dan setin susu yang berharga RM150 hanya bertahan


untuk tempoh seminggu sahaja. “Walaupun memperoleh bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, namun ianya tidak mencukupi untuk perbelanjaan Amni


pada setiap bulan yang menelan belanja kira-kira RM1,000 termasuk kos membeli lampin pakai buang,” katanya. Katanya, sekurang-kurangnya dengan pendapatan yang diperoleh hasil daripada


menjual jeruk mempelam asam boi itu dapat menampung membeli keperluan harian anaknya yang sakit. “Saya menjual jeruk mempelam asam boi dengan harga RM10 bagi satu bekas dan bagi memenuhi


permintaan pelanggan, saya membeli mangga daripada penduduk sekitar kawasan Bachok. “Kebiasaannya purata pendapatan harian yang diperoleh adalah sekitar RM70, namun ianya bergantung kepada


permintaan pelanggan dan bagi yang memesan secara ‘cash on delivery’ (COD) dan caj dikenakan adalah antara RM3 hingga RM4,” katanya. Nor Hayati turut berterima kasih kepada kerajaan kerana


dengan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diperoleh sebanyak RM1,600 sedikit sebanyak dapat membantu menampung perbelanjaan mereka sekeluarga selain membeli keperluan anak tunggalnya itu.


Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Nor Hayati Abdullah, menerusi talian 011-2556 0464.