Pemaju perumahan mohon insentif belanjawan sabah bantu pasaran hartanah

Pemaju perumahan mohon insentif belanjawan sabah bantu pasaran hartanah

Play all audios:

Loading...

KOTA KINABALU: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) meminta kerajaan negeri menyediakan lebih banyak insentif untuk memacu pasaran hartanah menerusi belanjawan negeri tahun depan. Presidennya, Datuk Chew Sang Hai, berkata langkah itu perlu untuk menarik minat orang ramai membeli hartanah bagi membantu memulihkan pasaran hartanah yang turut terjejas akibat pandemik COVID-19. Beliau berkata, penularan COVID-19 menyebabkan berlaku penurunan kadar tempahan kediaman menerusi kempen pemilikan rumah (HOC) sejak beberapa bulan lalu. Berikutan itu, katanya kerajaan negeri perlu menyediakan insentif tertentu sebagai tambahan kepada insentif diumumkan kerajaan persekutuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, Jumaat lalu. "Kita mencadangkan kepada kerajaan Sabah untuk menimbang pengecualian cukai pintu sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun bagi hartanah yang didaftarkan di bawah HOC. "Ini boleh dijadikan insentif dan usaha tambahan daripada kerajaan negeri untuk membantu memulihkan pasaran hartanah Sabah, seterusnya meningkatkan keyakinan pasaran," katanya dalam satu kenyataan, di sini. Menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan Pusat menggariskan beberapa pendekatan khas untuk sektor pembangunan hartanah. Ia termasuk pengecualian duti setem untuk perjanjian pinjaman dan pindahan bagi pemilik rumah pertama dengan nilai sehingga RM500,000 bermula Januari tahun depan hingga 31 Disember 2025. Selain itu, kerajaan Pusat turut memperkenalkan Skim Kewangan Sewa untuk Dimiliki (RTO) bagi projek perumahan terpilih di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Sang Hai berkata, pihaknya turut mencadangkan, institusi kewangan tempatan seperti Borneo Development Corporation (Sabah) dan Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) menyediakan kemudahan pembiayaaan 100 peratus. "Pembiayaan itu disediakan dengan subsidi faedah kepada warga Sabah yang membeli rumah mampu milik berharga bawah RM380,000 sama seperti dilaksanakan kerajaan Sarawak melalui Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd," katanya. Selain itu, katanya SHAREDA turut mengulangi permintaannya supaya program 'Sabah Rumah Keduaku' yang dicadangkan pada belanjawan tahun lalu dilaksanakan secepat mungkin oleh kerajaan negeri. Beliau berkata, SHAREDA berpandangan pelan induk penswastaan atau kerjasama awam swasta dalam sektor perumahan mampu milik, infrastruktur, pertanian dan pembuatan perlu dilaksanakan segera bagi mempercepat pemulihan dan memacu ekonomi Sabah. "Kita percaya kerajaan negeri yang baharu ini berada di landasan betul untuk mewujudkan ekonomi seimbang dan keselamatan rakyat ketika berdepan situasi getir dan mencabar sekarang," katanya.

KOTA KINABALU: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) meminta kerajaan negeri menyediakan lebih banyak insentif untuk memacu pasaran hartanah menerusi belanjawan negeri


tahun depan. Presidennya, Datuk Chew Sang Hai, berkata langkah itu perlu untuk menarik minat orang ramai membeli hartanah bagi membantu memulihkan pasaran hartanah yang turut terjejas akibat


pandemik COVID-19. Beliau berkata, penularan COVID-19 menyebabkan berlaku penurunan kadar tempahan kediaman menerusi kempen pemilikan rumah (HOC) sejak beberapa bulan lalu. Berikutan itu,


katanya kerajaan negeri perlu menyediakan insentif tertentu sebagai tambahan kepada insentif diumumkan kerajaan persekutuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, Jumaat


lalu. "Kita mencadangkan kepada kerajaan Sabah untuk menimbang pengecualian cukai pintu sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun bagi hartanah yang didaftarkan di bawah HOC. "Ini


boleh dijadikan insentif dan usaha tambahan daripada kerajaan negeri untuk membantu memulihkan pasaran hartanah Sabah, seterusnya meningkatkan keyakinan pasaran," katanya dalam satu


kenyataan, di sini. Menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan Pusat menggariskan beberapa pendekatan khas untuk sektor


pembangunan hartanah. Ia termasuk pengecualian duti setem untuk perjanjian pinjaman dan pindahan bagi pemilik rumah pertama dengan nilai sehingga RM500,000 bermula Januari tahun depan


hingga 31 Disember 2025. Selain itu, kerajaan Pusat turut memperkenalkan Skim Kewangan Sewa untuk Dimiliki (RTO) bagi projek perumahan terpilih di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).


Sang Hai berkata, pihaknya turut mencadangkan, institusi kewangan tempatan seperti Borneo Development Corporation (Sabah) dan Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) menyediakan kemudahan


pembiayaaan 100 peratus. "Pembiayaan itu disediakan dengan subsidi faedah kepada warga Sabah yang membeli rumah mampu milik berharga bawah RM380,000 sama seperti dilaksanakan kerajaan


Sarawak melalui Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd," katanya. Selain itu, katanya SHAREDA turut mengulangi permintaannya supaya program 'Sabah Rumah Keduaku' yang dicadangkan


pada belanjawan tahun lalu dilaksanakan secepat mungkin oleh kerajaan negeri. Beliau berkata, SHAREDA berpandangan pelan induk penswastaan atau kerjasama awam swasta dalam sektor perumahan


mampu milik, infrastruktur, pertanian dan pembuatan perlu dilaksanakan segera bagi mempercepat pemulihan dan memacu ekonomi Sabah. "Kita percaya kerajaan negeri yang baharu ini berada


di landasan betul untuk mewujudkan ekonomi seimbang dan keselamatan rakyat ketika berdepan situasi getir dan mencabar sekarang," katanya.