Kata-kata semangat maniam buat syahmi, adam

Kata-kata semangat maniam buat syahmi, adam

Play all audios:

Loading...

KUALA LUMPUR: Percaya pada diri sendiri dan rakan sepasukan, mereka pasti boleh pergi jauh! Itu pesanan dan kata-kata semangat yang dilontarkan jurulatih Selangor, P Maniam kepada anak didiknya, Syahmi Safari dan Adam Nor Azlin yang kini bersama skuad bawah 22 tahun (B-22) negara untuk mengharungi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bermula Isnin ini. Maniam berkata pengalaman beraksi bersama pemain senior dan import dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) menjadikan persembahan Syahmi dan Adam semakin matang mengatasi usianya. "Syahmi dan Adam mendapat banyak pengalaman dan pendedahan dalam Liga M dengan bersaing bersama pemain senior dan import yang hebat. "Macam Syahmi, kita boleh lihat aksinya sudah semakin matang terutama dalam membuat keputusan di atas padang. Adam pun mempamerkan prestasi yang konsisten selepas beraksi di posisi pertahanan tengah. "Apa yang diperlukan sekarang adalah mereka perlu percaya pada diri sendiri dan rakan sepasukan yang lain," katanya di sini, semalam. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee akan membuka tirai saingan Kumpulan A di Sukan SEA kali ini dengan berdepan Brunei di Stadium Shah Alam, pada Isnin ini. Selain, itu, bukan sahaja buat Syahmi dan Adam, malah Maniam menyifatkan barisan skuad Projek Sukan SEA kali ini berkualiti tinggi dengan kebanyakannya sudah memiliki pengalaman yang cukup luas termasuk di peringkat antarabangsa. "Bukan saja Syahmi dan Adam, semua pemain skuad Sukan SEA juga sudah mendapatkan pendedahan yang cukup termasuk di Liga M dan luar negara. "Sudah pasti mereka semua mempunyai pengalaman yang baik dan saya percaya skuad ini boleh pergi jauh walaupun terpaksa berdepan Thailand atau Vietnam," katanya.

KUALA LUMPUR: Percaya pada diri sendiri dan rakan sepasukan, mereka pasti boleh pergi jauh! Itu pesanan dan kata-kata semangat yang dilontarkan jurulatih Selangor, P Maniam kepada anak


didiknya, Syahmi Safari dan Adam Nor Azlin yang kini bersama skuad bawah 22 tahun (B-22) negara untuk mengharungi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bermula Isnin ini. Maniam


berkata pengalaman beraksi bersama pemain senior dan import dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) menjadikan persembahan Syahmi dan Adam semakin matang mengatasi usianya. "Syahmi dan


Adam mendapat banyak pengalaman dan pendedahan dalam Liga M dengan bersaing bersama pemain senior dan import yang hebat. "Macam Syahmi, kita boleh lihat aksinya sudah semakin matang


terutama dalam membuat keputusan di atas padang. Adam pun mempamerkan prestasi yang konsisten selepas beraksi di posisi pertahanan tengah. "Apa yang diperlukan sekarang adalah mereka


perlu percaya pada diri sendiri dan rakan sepasukan yang lain," katanya di sini, semalam. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee akan membuka tirai saingan Kumpulan A di Sukan SEA kali ini


dengan berdepan Brunei di Stadium Shah Alam, pada Isnin ini. Selain, itu, bukan sahaja buat Syahmi dan Adam, malah Maniam menyifatkan barisan skuad Projek Sukan SEA kali ini berkualiti


tinggi dengan kebanyakannya sudah memiliki pengalaman yang cukup luas termasuk di peringkat antarabangsa. "Bukan saja Syahmi dan Adam, semua pemain skuad Sukan SEA juga sudah


mendapatkan pendedahan yang cukup termasuk di Liga M dan luar negara. "Sudah pasti mereka semua mempunyai pengalaman yang baik dan saya percaya skuad ini boleh pergi jauh walaupun


terpaksa berdepan Thailand atau Vietnam," katanya.