Play all audios:
KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menawarkan biasiswa penuh kepada 300 pelajar Malaysia yang berjaya melanjutkan pengajian di negara itu, sepanjang tahun ini. Duta Arab Saudi ke Malaysia,
Mahmoud Hussen Saeed Qattan ketika mengumumkan perkara itu, berkata biasiswa itu ditawarkan kepada pelajar peringkat prasiswazah dan pascasiswazah. "Sebelum ini, kami pernah menawarkan
100 biasiswa tetapi kali ini kita tawarkan 300 biasiswa. "Maklumat lanjut mengenai tawaran biasiswa ini boleh didapati melalui laman web atau pelajar yang berminat boleh menghubungi
terus pihak kedutaan untuk membuat permohonan," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bagi meraikan 1,300 pelajar Arab Saudi yang melanjutkan pelajaran di negara ini.
Yang turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh. Majlis itu adalah anjuran bersama Education Malaysia Global Services (EMGS) sebuah agensi milik penuh Kementerian
Pendidikan Tinggi dan atache kebudayaan Arab Saudi. Biasiswa penuh yang ditawarkan kerajaan Arab Saudi itu, merangkumi yuran pengajian, kediaman, penjagaan kesihatan, tiket penerbangan pergi
balik setiap tahun dan elaun sara hidup. Sementara itu, Idris berkata, hubungan antara kedua-dua negara seharusnya diteruskan bukan hanya menerusi pertukaran pelajar tetapi membabitkan
pensyarah. "Pertukaran pensyarah adalah amat sesuai pada ketika ini, kerana pensyarah Malaysia yang ingin berkunjung ke Arab Saudi berpeluang merasai sendiri suasana hidup di padang
pasir. "Pada masa sama, ia juga waktu yang sesuai untuk pensyarah Arab Saudi berkunjung ke negara ini. "Malah, saya menyarankan supaya kerjasama dalam bidang penyelidikan tenaga
solar diadakan antara pensyarah Arab Saudi dan Malaysia," katanya. Justeru, beliau berkata, biasiswa penuh yang ditawarkan itu mampu mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara
yang sudah lama terjalin.