Bukan laporan akhir lagi - soo chon

Bukan laporan akhir lagi - soo chon

Play all audios:

Loading...

PUTRAJAYA: Pasukan Penyiasat Keselamatan Annex 13 ICAO Malaysia bagi MH370 hari ini mengeluarkan laporan akhir setebal 1,500 muka surat mengenai Laporan Siasatan Keselamatan mengenai misteri kehilangan pesawat itu. Bagaimanapun, Ketua Penyiasat Pasukan Penyiasat Keselamatan Annex 13 ICAO Malaysia bagi MH370, Datuk Kok Soo Chon berkata, laporan berkenaan bukanlah laporan akhir selagi bangkai pesawat dan mangsa belum ditemui. "Ini bukan laporan akhir lagi. Selagi bangkai pesawat dan mangsa belum ditemui, kami tidak boleh cakap ia laporan akhir," katanya pada taklimat media mengenai Laporan Siasatan Keselamatan oleh Pasukan Penyiasat Keselamatan Annex 13 ICAO Malaysia bagi MH370 di sini, hari ini. Katanya, laporan berkenaan menyentuh tujuh bidang utama iaitu lencongan pesawat daripada laluan ditetapkan; profil kru pesawat; sistem penerbangan dan penyelenggaraan serta kelayakan untuk terbang; sistem komunikasi satelit; maklumat impak dan bangkai; kandungan kargo dan perkhidmatan kawalan udara. Beliau berkata, pihaknya merumuskan punca sebenar kehilangan pesawat MH370 itu belum dikenal pasti. Dalam pada itu, katanya, pasukan siasatan turut mengeluarkan saranan keselamatan terhadap beberapa agensi dan pihak bagi meningkatkan keselamatan sistem penerbangan. Antara saranan itu termasuk berkaitan sistem kawalan trafik udara tempatan dan antarabangsa; imbasan kargo; rekod latihan dan perubatan kru pesawat serta laporan kesihatan mental dan susulan kru penerbangan. Menurutnya, objektif laporan itu dikeluarkan bukan untuk mencari kesilapan mana-mana pihak tetapi untuk memastikan insiden sama tidak berulang pada masa depan. Dalam pada itu, Soo Chon berkata, pasukan juga akan ke Beijing, China pada 3 Ogos ini bagi memberi taklimat laporan siasatan keselamatan MH370 kepada waris keluarga mangsa di negara berkenaan. Terdahulu, pasukan sama turut bertemu waris keluarga mangsa dan kru pesawat tempatan untuk menyampaikan taklimat serta Laporan Siasatan Keselamatan berkenaan. Difahamkan, sesi berkenaan berlangsung selama lima jam bermula jam 9.30 pagi.

PUTRAJAYA: Pasukan Penyiasat Keselamatan Annex 13 ICAO Malaysia bagi MH370 hari ini mengeluarkan laporan akhir setebal 1,500 muka surat mengenai Laporan Siasatan Keselamatan mengenai misteri


kehilangan pesawat itu. Bagaimanapun, Ketua Penyiasat Pasukan Penyiasat Keselamatan Annex 13 ICAO Malaysia bagi MH370, Datuk Kok Soo Chon berkata, laporan berkenaan bukanlah laporan akhir


selagi bangkai pesawat dan mangsa belum ditemui. "Ini bukan laporan akhir lagi. Selagi bangkai pesawat dan mangsa belum ditemui, kami tidak boleh cakap ia laporan akhir," katanya


pada taklimat media mengenai Laporan Siasatan Keselamatan oleh Pasukan Penyiasat Keselamatan Annex 13 ICAO Malaysia bagi MH370 di sini, hari ini. Katanya, laporan berkenaan menyentuh tujuh


bidang utama iaitu lencongan pesawat daripada laluan ditetapkan; profil kru pesawat; sistem penerbangan dan penyelenggaraan serta kelayakan untuk terbang; sistem komunikasi satelit; maklumat


impak dan bangkai; kandungan kargo dan perkhidmatan kawalan udara. Beliau berkata, pihaknya merumuskan punca sebenar kehilangan pesawat MH370 itu belum dikenal pasti. Dalam pada itu,


katanya, pasukan siasatan turut mengeluarkan saranan keselamatan terhadap beberapa agensi dan pihak bagi meningkatkan keselamatan sistem penerbangan. Antara saranan itu termasuk berkaitan


sistem kawalan trafik udara tempatan dan antarabangsa; imbasan kargo; rekod latihan dan perubatan kru pesawat serta laporan kesihatan mental dan susulan kru penerbangan. Menurutnya, objektif


laporan itu dikeluarkan bukan untuk mencari kesilapan mana-mana pihak tetapi untuk memastikan insiden sama tidak berulang pada masa depan. Dalam pada itu, Soo Chon berkata, pasukan juga


akan ke Beijing, China pada 3 Ogos ini bagi memberi taklimat laporan siasatan keselamatan MH370 kepada waris keluarga mangsa di negara berkenaan. Terdahulu, pasukan sama turut bertemu waris


keluarga mangsa dan kru pesawat tempatan untuk menyampaikan taklimat serta Laporan Siasatan Keselamatan berkenaan. Difahamkan, sesi berkenaan berlangsung selama lima jam bermula jam 9.30


pagi.